Sunday 8 July 2012


Kayu Makan Batu






Barang pelik. Asalnya seorang sepupu kepada pengasas blog ini memulakan perniagaan ternak ikan keli di melaka. Beliau menggali kolam atas tanah. Bukan yg guna plastic punya. Setelah lebih lima tahun buat bisness ni, biasa je la. Tiba tiba satu hari beliau nampak semua ikannya mengelilingi sesuatu di tengah kolam tu. Kira macam puting beliung la...hehe. Tapi tak la kuat macam tu. Ianya berlanjutan selama 7 hari dan beliau membiarkannya saja. Hari ke 8 dah tak sanggup nak tengok dah, lalu beliau masuk kedalam kolam tu nak tau apa benda yang buatkan ikannya buat aksi terlampau macam tu. Ditengah kolam, kira macam di pusat puting beliung tu la, beliau terpijak satu benda. Dan ini lah bendanya, Kayu Makan Batu. Memang unik. Selepas dikeluarkan tak ada lagi puting beliung ikan keli di kolam tu. Inilah first time kami melihat jenis kayu yang makan batu macam ni. Kayu jenis apa tak tahu. Tapi rupabentuknya memang ganjil. Tengoklah gambar yang di uploadkan ni, macam kepala anak naga pun ada, kepala kura kura pun ada, kira macam macam lah.... kuasa Allah semuanya. Batunya pula batu sungai. Dan disitu memang tak ada sungai pun. Memang pelik bin ajaib. batu dan kayu nye pun agak besar. Kalau ada yang nak buat batu cincin rasanya 30-40 biji boleh dapat. Memang kuat aura penariknya batu kayu ni. Khasiatnya??? Lu pikir pikir lah sendiri.... hehe. Jika berminat sila call/sms sdra Hata

No comments:

Post a Comment